Best of MP3 downloads
Advertising
Musicstore
Musicstore Sale!

Artist Detailed Info: Aidil

Info auf deutsch

Aidil

Ditubuhkan pada tahun 2001, mereka dikenali dengan nama IDEAL. Ketika itu, IDEAL popular menerusi lagu SEMBAHYANG dan BUKALAH HATIMU melalui album pertama mereka pada 2004 yang dihasilkan di bawah label Rock Records dan dipasarkan melalui Universal Music.Selain minat,kehadiran kumpulan nasyid yang dianggotai oleh lima anak muda yang berasal dari Melaka ini adalah untuk memeriahkan lagi warna-warni industri nasyid tanah air.

Setelah beberapa tahun menyepi, kini mereka kembali mewarnai dunia nasyid dengan penampilan yang serba baru, pertambahan ahli baru serta konsep dan irama lagu yang lebih segar. Kini, IDEAL tampil memberi kelainan melalui proses “rebranding” ataupun penjenamaan semula dengan menggunakan nama AIDIL, dan berada di bawah pengurusan baru iaitu Arteffects Production milik komposer serba boleh- Hafiz Hamidun.

Single pertama mereka berjudul CUBA telah mendapat perhatian peminat nasyid sehingga berjaya menjadi juara carta nasyid di radio nasyid IKIM.FM-pilihan utama untuk beberapa minggu berturut-turut.Lagu tersebut adalah hasil ciptaan sepenuhnya oleh Hafiz Hamidun. Selain itu, lagu Cuba juga telah dijadikan OST untuk drama Keranamu Laila yang pernah ditayangkan di TV3 , setiap Jumaat, jam 9 malam. Tidak ketinggalan juga, single kedua mereka Ku Yakin Berlaku (ft Hafiz Hamidun) turut dijadikan lagu tema untuk drama Ku Yakin Berlaku yang pernah ditayangkan di Astro Oasis pada hari raya haji yang lalu.


This User-contributed text is available under the Creative Commons By-SA License; Source: Last.fm.

Go Back